Wednesday 13 December 2017

TAMAN TASIK PUTRA, KULIM

ASSALAMU'ALAIKUM...

Pagi ni ambil masa sikit nak cerita pasal riadah petang semalam kat Taman Tasik Putra, Kulim. Dah 3 tahun lebih kat sini, semalam buat pertama kalinya secara rasmi kami mencemar duli menjejakkan kaki ke taman ni.. 😁

Kami bukan jenis yang suka melepak-lepak kat taman ni, tapi dah sebab kesian dekat Akhyar lama dah berkurung dalam rumah, taska pun tak pegi sebab Abi cuti.. Jadi dah lama tak dapat main taman dan tak bersosial, asyik mintak nak main taman je.  

Pada saya, view dan kemudahan dekat taman ni ok dan sesuai untuk semua peringkat umur. Semalam pun nampak masing-masing ada aktiviti, kecuali orang couple je yang tak ada. Pelik pulak, biasa taman-taman ni penuh dengan dorang, ini langsung tak ada. Kiranya pemandangan yang menyakitkan hati tu tak ada la semalam 😆😆. 

Tapi betul juga, bila disebabkan taman ni dah terlalu crowded dengan kanak2, parent, remaja dan warga emas, sibuk juga dengan orang yang memancing dan berjogging... mana nak syok kalau orang couple 💑 ambik part sama waktu ni. Dorang mungkin ambik shift malam nanti kot, sebab selalu nampak motor penuh bila malam waktu hantar abang kat bus station sebelah taman tu.

Bestnya kat sini, ada banyak tempat mainan kanak-kanak ni, semua lain-lain pattern dan tak sama size serta ketinggian binaan tu. Ada juga alat-alat senam untuk orang dewasa, skateboard racing track, boleh sewa basikal dan main buih gergasi. Wakaf-wakaf rehat pun banyak dan besar, kerusi batu pun banyak juga. Paling best bila dapat rasa angin sejuk menyapa kita. Angin tu lepas je dari tasik terus singgah kat kita tak lekat dekat mana-mana dah. Selain tu, taman-taman herba pun ada jugak di bahagian belakang hotel Sri Malaysia dan track untuk joging pun ok.

Akhyar dah penat main, ni untuk pusingan pertamala. Abi ajak kami jalan-jalan keliling tasik tu pulak, jalan2 je... Orang lain joging, kami first time, jadi kena warm-up dulu Abi kata... 💪

Ni antara gaya-gaya tak menahan tengok kolam tu. Cari akal macamana nak bagi boleh pi tengok dekat lagi. 

Akhyar memang pantang tengok air (sebenarnya semua budakla kan), tau nak dekat jer... dah kena usung dengan abi. Cakap banyak kali bahaya tak faham, cakap ada buaya dalam tu umi takut... baru faham sikit dan tak derlah nak dekat sangat dengan kolam tu.

No comments:

Post a Comment