Setelah sekian lama rakyat Malaysia bercakap tentang GST, maka akhirnya sampai jugalah tarikh dan masanya. Umi arini memang bangun awal, bukan sebab teruja nak sambut GST, tapi sebab Abi call jam 4.30 pagi minta buka pintu. Abi kat depan pintu baru sampai dari Kelantan nuun... Emm Akhyar pun macam tau jer Abi dah sampai, menggeliat2 nak buka mata.. Taraa.. dah Nampak Abi kat depan mata, pisat-pisat mata bulat Akhyar dalam suram cahaya. Semalam pun Akhyar baik jer, tak banyak meragam sangat, cuma masa nak lena tu jer rengek2 sikit.
Ok, straight to the tajuk, GST!! Umi nak cakap banyak dan bersyarah pasal ni pun Umi bukan reti sangat, bukan ahli kewangan dan ekonomiwan negara. Lagi satu, semua orang dah malas nak bincang dan cakap banyak2 lagi pasal isu ni.. Cakap tak cakap sama jer keadaannya, esok lusa terpaksa juga bayar lebih untuk dapatkan apa-apa produk dan perkhidmatan. Terasa lah juga kan bila nak seluk kocek bayar benda itu dan ini. Post kali ni, Umi cuma nak share seloka dan moment yang umi dapat via FB dan Whatsapp. Umi tak ada niat lain, kecuali jadikannya sebagai sejarah di sini.
Pagi ni Tok Sue Yani share bekal nasi goreng sempena GST
Mahalnya... rasa macam dekat Tesco ni. Drypers ni kadang2 boleh dapat dengan harga RM 30.90
Roti pun naik harga siap2..
Macam motor Tok Ma..hehe
Yang ni kompem Abi suka
Bagus juga ada yang buat tagline macam ni kan!
Ni semua post yang baik-baik la ni.. Ada lagi macam-macam yang tak senonoh, berunsur politik, kekerasan, kekecewaan dan sebagainya. Tapi Umi tak share lah post-post yang macam tu, biarlah kita ambik yang baik-baik jer yer..
Walau macamana pun, Alhamdulillah juga sebab tarikh ni turut berkongsi sejarah dengan perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan.. Tahniah kerajaan Kelantan yang bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan perlaksaan hukuman hudud ni. Umi bangga dilahirkan sebagai rakyat negeri tersisih ini. Abi pun bangga, sebab tu Abi pilih Umi sebagai suri hidup..hehe.. dan Akhyar pun mesti bangga juga jadi Anok Klate!!
No comments:
Post a Comment