Hari ni umi nak wat sikit review pasal Baby Fresh Food Feeder.. Haa, panjangnya nama benda alah ni, senangnya kita nak sebut apa eh? Ntahlah, umi tak dapat idea... bluur! Benda ni pun umi tak tahu akan kewujudannya dekat muka bumi ni, sehinggalah Mak Nik yang hadiahkannya untuk Akhyar. Dah dapat pun, umi masih terhegeh-hegeh google bagai cari maklumat camana nak guna benda ni.. hehe jakun betulla...
Asasnya, cara nak guna feeder ni kita masukkan je apa-apa buah, daging, sayur (umi dok fikir-fikir lagi camana nak masukkan daging dan sayur dalam ni ya? macam pelik plak, klu buah tu okla) kat dalam tu, kemudian bagi jer terus kat baby untuk dihisap. Jadi baby pun boleh menikmati makanan tu dan menyerap semua khasiatnya tanpa tercekik gitu!
Sekarang, feeder ni berlambak jual kat kedai, macam-macam brand ada Munchkin, Autumnz, Kidsme, Tommie Tippee, Nuby dll. Ada yang jenis jaring dan ada juga yang silicon. Akhyar dapat ni brand Eve Love, jenis silicon warna pink..hehe. Mak Nik siap tulis dan tampal note lagi kt feeder ni mintak maaf sebab bagi warna pink, kat kedai tu tinggal warna ni jer. Yusuf punya pun warna pink katanya. Umi tak kisah pun warna apa, lagipun orang bagi kan takkan nak demand kot. Ni antara brand yang ada...
Akhyar punya brand Eve Love kaler pink... macam kat bawah ni haa, tapi kaler pink tau!!
Ok la, last sekali cuba dengar apa minah ni bagitau pasal feeder ni. Macam bagus jer kan? Umi masih simpan elok berbungkus lagi benda ni. Tunggula sebulan dua lagi Umi nak try bagi kat Akhyar, pastu Umi review balik pasal ni.
No comments:
Post a Comment