Alhamdulillah, hari ni tarikhnya 31 Mac 2015.. Esoknya tarikh keramat dalam Malaysia, semua orang ternanti-nanti perlaksanaan GST dalam Negara. Dekat mana-mana pun orang bercakap pasal GST, kalut beribut ombak semua rakyat jelata. Emm.. semuanya masih belum pasti, tunggu tengoklah apa jadi esok, hari selepas hari ini..
Perkara yang betulnya, Umi nak kongsi event hari ni. Setelah hampir sebulan lebih dekat PTSB, baru minggu ni boleh melepas lelah sikit. Kelas dah habis, assessment dan assignment student dah bertanda, markah dah key-in cuma tunggu final test je. Jadi diorang semua kat sini buat potluck dan sambutan hari lahir dari Januari hingga Mac memandangkan semua dah rilex sikit kan. Apa yang bestnya, umi pun masuk sama dalam senarai tu.. hehe.
Umi kongsi gambar untuk kenangan nanti. Rasa-rasa macam yang nilah gambar pertama umi selepas bersalin.. Dah 4 bulan lebih umur Akhyar, tak teringat umi nak tangkap gambar sendiri sebab dah terlalu banyak ambik gambar Akhyar kan! Ini pun TERtangkap oleh orang lain...
Nampak tak nama Umi kat sebelah hujung kek tu?
Tengok gambar tu, umi memang betul-betul dah kurus la.. bukan mimpi lagi, tapi realiti. Apa kata Abi tentang Umi?? ~ ~ ~ ...
No comments:
Post a Comment