Wednesday 13 May 2015

Jenama Diapers untuk Akhyar

Bismillah...

Arini Umi nak review sikit pasal diapers yang Umi pernah cuba guna untuk Akhyar. Haaih, dah macam tempat eksperimen lak Akhyar ni. Bukan eksperimenla sayang... Umi cuma bagi peluang untuk Akhyar cuba semua jenis diapers, so nanti tahu mana yang ok tak ok, mana yang best tak best. Kalau kita tak cuba, kita takkan tahu.. betul tak? he2...

Mengikut undian yang Umi jumpa kat satu forum, tahun 2013 jenama diapers yang terbaik untuk si manja adalah..


Maksud terbaik di sini merujuk kepada kualiti, yang mungkin juga termasuk dengan material dan pencegahan kebocoran (leak protection). Selain daripada itu, harga juga memainkan peranan yang pentingnya di samping beberapa faktor lain.

Alhamdulillah, setakat yang Umi dok try2 ni tak derla pulak kulit Akhyar meragam ruam ke apa... semua jenis diapers yang Umi guna tu boleh diterima oleh kulit gebbuus Akhyar. Nasib baikla kulit anak Umi jenis yang tak sensitif, senang nak jage, tak memeningkan kepala Umi nak demand diapers yang mahal2... Boleh jimat  duit, dan blehla labur untuk beli susu yang bagus sikit untuk Akhyar. Betterla Umi labur lebih sikit untuk susu Akhyar instead of diapers yang hanya nak letak kt bontot jer. Nama pun pakai buang kan! hu2...

Ok, Umi nak review beberapa jenama diapers yang Akhyar pernah guna. Ini mengikut pendapat Umila, sebagai pengguna dengan mengambil kira faktor kualiti (material + leak protection), harga, design dan corak.

1. Drypers


Ini jenama pertama yang Akhyar guna bila saja menjenguk dunia. Makanya inilah juga jenama pertama yang Umi guna since bergelar ibu. Jenama Drypers ni boleh dikatakan bagus dari segi kualitinya. Harganya pun tak lah mahal sangat, masih mampu dibeli oleh golongan pertengahan macam kita ni. Corak pun lawa, untuk newborn gambar apple hijau... sweet. Corak Drypers ni berbeza-beza mengikut size, tapi untuk size S umi tak suka!gambar tupai kot, jemu tengok warna kusam, jenuh nak bagi habis. Pita pelekat Drypers sekarang dah improve, boleh buka tampal berkali-kali dah.


Tapi Akhyar guna kejap je Drypers ni sebab besar sikit size dia, Umi tukar guna Petpet lak kecik sikit. Kebetulan masa pregnant, Umi dah sediakan untuk Akhyar  2 bungkus Drypers dan 1 bungkus Petpet. Dah habis Petpet, tukar balik pada Drypers. Masa guna untuk size Newborn, Akhyar sempat habiskan sampai 3 pek, kemudian size S - 2 pek dan M - 1 pek.

2. Petpet


Secara automatiknya, Petpet ni pula jadi jenama kedua untuk Akhyar. Petpet ni pun kira ok gak kualitinya, dan rasa-rasa Umi cam better sikit daripada Drypers kot. Harga pun lebih kurang jer, kadang lebih mahal @ murah pada Drypers sikit jer. Kalau nak banding corak lak, Petpet ni tak derlah gambar warna-warni, semua satu kaler jer... hu2. Tapi untuk setiap size tu kaler dia beza-beza la. Pita pelekat Petpet boleh ulang guna. Setakat ni, Akhyar dah guna 2 pek untuk NB, 2 pek untuk S dan 1 pek untuk M.



3. Fitti


Umi try jenama ni sebab mengenangkan masa NB dulu Akhyar kerap tukar diapers. Baby kan kerap poo2 dan shee2, jadi Umi nk tryla jenama yang murah sikit, konon nak budgetla kan. Tapi tak taula silapnya di mana, mungkin cuttingnya besar sikit kot + nipis sikit. Tiap kali poo2 mesti meleleh dan melimpah keluar, dan tiap kali tu juga lah Umi terpaksa menyental seluar Akhyar dek terkena pewarna asli ni... huhu... Lebih megguriskan perasaan lagi bila kadang-kadang terkena sekali pakej dekat baju, kain lampin dan tilam. Waaa nk nangis rase! Bila jadi macam ni, Umi dah berikrar yang Umi tidak akan menggunakan jenama ini lagi..!! kecuali terdesak dan terpaksa! Penat, jadi banyak kerja. Walau bagaimanapun... he2. Masih ada yang best tentang Fitti, corak pada diapers ni agak menarik, gambar keretapi warna-warni, jadi takder lah Umi rasa stress sangat nak menghabiskannya dan pita pelekat pun dah upgrade yang boleh diulang-ulang tampal. Akhyar habiskan 1 pek sahaja untuk size S.

4. Hey Baby


Ini satu lagi jenama diapers yang murah. Umi try yang ni bila Umi tengok cam best jer Abang Abid, sepupu Akhyar pakai jenama ni. Umi ingat, diapers yang murah-murah ni boleh pakai kat rumah dan waktu siang memandangkan Akhyar serasi dan takder masalah ruam,yang bagus sikit boleh pakai malam dan untuk keluar jalan-jalan. Diaper Hey Baby ni best walaupun dia murah, kualiti sepadanla dengan harga @ mungkin lebih baik sikit daripada harga dia. Size pun ngam muat elok jer. Coraknya 1 kaler juga untuk setiap size cam Petpet, cuma pita pelekat jer masih guna kaedah lama yang sekali lekat tu, tapi pernah je Umi buka 2-3 kali pelekat tu bila tersalah tampal, masih ok jer cuma bunyi dia tak tahan kuat. Kalau tukar masa Akhyar tidur, mesti terkejut dan terjaga... huhu. Setakat ni, Umi masih masukkan jenama ni dalam list dan Akhyar dah guna 1 pek untuk S, 1 pek untuk M.

5.  Huggies



Huggies ni tak derlah mahal sangat, biasa-biasa je. Kalau time promosi tu memang murahla juga, tapi ini bagitau yang Huggies Dry warna biru tu la. Huggies yang kaler merah dan hijau tu boleh tahan juga harga dia, mungkin kualitinya lebih bagus kot. Setakat ni, kualiti Huggies Dry rasa macam ok jer, cuma dia punya cutting tu lain sikit daripada yang lain, ala-ala bentuk T. Cuttingnya menaik dari pangkal peha ke hujung pita pelekat diaper, dia macam tinggi sikit, dan agak sempit laluan di situ.. tapi nampak smartla plak cutting camtu, he2... Akhyar dah guna 1 pek untuk size M dan 2 pek untuk size L.


6. Whoopee


Diaper brand Whoopee ni pun termasuk dalam diapers budget gak. Mula-mula Umi tak tertarik pun bila tengok diaper ni kat kedai kan, mungkin sebab nama dia pelik kot + packaging pun warna purple pelik gitu.. tapi bila mama Afrina cakap diaper ni best, Afrina pakai yang ni ok dan suka katanya, kebetulan masa jalan-jalan kat Tesco tu ada offer jadi Umi pun belila. Bukan 1 Umi beli, tapi 2 pek size M.. he2, ambik! dari tak nak asalnya last2 sekali dah beli 2 pek sekali.


Bila balik buka kan, waaa! terkejut Umi... bestnya diaper ni. Material dia ok, boleh tahan gak tebalnya, pelekat boleh ulang-ulang tampal dan coraknya sangat menarik especially yang dekat tempat tampal tu. Ummi dah stick diaper ni untuk Akhyar ok! Cuma satu jer yang Umi tak berapa berkenan, cara lipatnya kat dalam pek tu buat diaper ni susah nak guna. Biasa kebanyakan diaper lipat 2 jer, tapi yang ni lipat sampai 3.. bila nak pakai kena betul-betulkan dulu tempat lipatan tu supaya bleh masuk elok bontot anak, klu tak rasa macam gelendong dan kembung jer kat depan tu. Memang leceh sikitla part tu, tapi bila nak travel jadi senang plak sebab dia dah jadi kecik comel jer.. pro and contra, heh2...

Baiklah... sampai hari ni, ini jerla jenama diapers yang Umi dah pernah try. Rasa seronok plak tukar-tukar diapers ni, boleh rasa macam-macam. Setakat ni Umi tak pernah lagi try brand Mamy Poko, hampir semua review kata jenama ni paling bagus. Selalunya yang bagus dan berkualiti tu memang mahal lah harga dia kan. Nantila Umi nak try juga jenama ni, nak rasa lah juga kan apa yang bagusnya tu.





Sunday 5 April 2015

Baby Fresh Food Feeder untuk Akhyar

BISMILLAH...


Hari ni umi nak wat sikit review pasal Baby Fresh Food Feeder.. Haa, panjangnya nama benda alah ni, senangnya kita nak sebut apa eh? Ntahlah, umi tak dapat idea... bluur! Benda ni pun umi tak tahu akan kewujudannya dekat muka bumi ni, sehinggalah Mak Nik yang hadiahkannya untuk Akhyar. Dah dapat pun, umi masih terhegeh-hegeh google bagai cari maklumat camana nak guna benda ni.. hehe jakun  betulla...

Asasnya, cara nak guna feeder ni kita masukkan je apa-apa buah, daging, sayur (umi dok fikir-fikir lagi camana nak masukkan daging dan sayur dalam ni ya? macam pelik plak, klu buah tu okla) kat dalam tu, kemudian bagi jer terus kat baby untuk dihisap. Jadi baby pun boleh menikmati makanan tu dan menyerap semua khasiatnya tanpa tercekik gitu!


 


Sekarang, feeder ni berlambak jual kat kedai, macam-macam brand ada Munchkin, Autumnz, Kidsme, Tommie Tippee, Nuby dll. Ada yang jenis jaring dan ada juga yang silicon. Akhyar dapat ni brand Eve Love, jenis silicon warna pink..hehe. Mak Nik siap tulis dan tampal note lagi kt feeder ni mintak maaf sebab bagi warna pink, kat kedai tu tinggal warna ni jer. Yusuf punya pun warna pink katanya. Umi tak kisah pun warna apa, lagipun orang bagi kan takkan nak demand kot. Ni antara brand yang ada...







Akhyar punya brand Eve Love kaler pink... macam kat bawah ni haa, tapi kaler pink tau!!



Ok la, last sekali cuba dengar apa minah ni bagitau pasal feeder ni. Macam bagus jer kan? Umi masih simpan elok berbungkus lagi benda ni. Tunggula sebulan dua lagi Umi nak try bagi kat Akhyar, pastu Umi review balik pasal ni.







Wednesday 1 April 2015

GST oh GST

ALHAMDULILLAH...

Setelah sekian lama rakyat Malaysia bercakap tentang GST, maka akhirnya sampai jugalah tarikh dan masanya. Umi arini memang bangun awal, bukan sebab teruja nak sambut GST, tapi sebab Abi call jam 4.30 pagi minta buka pintu. Abi kat depan pintu baru sampai dari Kelantan nuun... Emm Akhyar pun macam tau jer Abi dah sampai, menggeliat2 nak buka mata.. Taraa.. dah Nampak Abi kat depan mata, pisat-pisat mata bulat Akhyar dalam suram cahaya. Semalam pun Akhyar baik jer, tak banyak meragam sangat, cuma masa nak lena tu jer rengek2 sikit.


Ok, straight to the tajuk, GST!! Umi nak cakap banyak dan  bersyarah pasal ni pun Umi bukan reti sangat, bukan ahli kewangan dan ekonomiwan negara. Lagi satu, semua orang dah malas nak bincang dan cakap banyak2 lagi pasal isu ni.. Cakap tak cakap sama jer keadaannya, esok lusa terpaksa juga bayar lebih untuk dapatkan apa-apa produk dan perkhidmatan. Terasa lah juga kan bila nak seluk kocek bayar benda itu dan ini. Post kali ni, Umi cuma nak share seloka dan moment yang umi dapat via FB dan Whatsapp. Umi tak ada niat lain, kecuali jadikannya sebagai sejarah di sini.


Pagi ni Tok Sue Yani share bekal nasi goreng sempena GST


Mahalnya... rasa macam dekat Tesco ni. Drypers ni kadang2 boleh dapat dengan harga RM 30.90


Roti pun naik harga siap2..


Macam motor Tok Ma..hehe



Yang ni kompem Abi suka



Bagus juga ada yang buat tagline macam ni kan!



Ni semua post yang baik-baik la ni.. Ada lagi macam-macam yang tak senonoh, berunsur politik, kekerasan, kekecewaan dan sebagainya. Tapi Umi tak share lah post-post yang macam tu, biarlah kita ambik yang baik-baik jer yer..


Walau macamana pun, Alhamdulillah juga sebab tarikh ni turut berkongsi sejarah dengan perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan.. Tahniah kerajaan Kelantan yang bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan perlaksaan hukuman hudud ni. Umi bangga dilahirkan sebagai rakyat negeri tersisih ini. Abi pun bangga, sebab tu Abi pilih Umi sebagai suri hidup..hehe.. dan Akhyar pun mesti bangga juga jadi Anok Klate!!





Tuesday 31 March 2015

Sambutan Hari Jadi dan 1st Potluck PTSB

BISMILLAH...


Alhamdulillah, hari ni tarikhnya 31 Mac 2015.. Esoknya tarikh keramat dalam Malaysia, semua orang ternanti-nanti perlaksanaan GST dalam Negara. Dekat mana-mana pun orang bercakap pasal GST, kalut beribut ombak semua rakyat jelata. Emm.. semuanya masih belum pasti, tunggu tengoklah apa jadi esok, hari selepas hari ini..


Perkara yang betulnya, Umi nak kongsi event hari ni. Setelah hampir sebulan lebih dekat PTSB, baru minggu ni boleh melepas lelah sikit. Kelas dah habis, assessment dan assignment student dah bertanda, markah dah key-in cuma tunggu final test je. Jadi diorang semua kat sini buat potluck dan sambutan hari lahir dari Januari hingga Mac memandangkan semua dah rilex sikit kan. Apa yang bestnya, umi pun masuk sama dalam senarai tu.. hehe.


Umi kongsi gambar untuk kenangan nanti. Rasa-rasa macam yang nilah gambar pertama umi selepas bersalin.. Dah 4 bulan lebih umur Akhyar, tak teringat umi nak tangkap gambar sendiri sebab dah terlalu banyak ambik gambar Akhyar kan! Ini pun TERtangkap oleh orang lain...






Nampak tak nama Umi kat sebelah hujung kek tu?





Tengok gambar tu, umi  memang betul-betul dah kurus la.. bukan mimpi lagi, tapi realiti. Apa kata Abi tentang Umi?? ~ ~ ~ ...